Want your
own Fotopage?








 
Sixfingers | Passion in the world of Photography

By: Nizam Khalid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 30-Apr-2008 08:32 Email | Share | | Bookmark
3 Majlis Kesyukuran Serentak

adlan tomei
Majlis potong jambul Adlan, Sambutan harijadi Ayah dan Kesyukuran Aku dah tamat Master
Lokasi: Rumah Ayah
Tarikh: 27 April 2008
Gambar berikutnya: http://www.flickr.com/photos/sickshutter/sets/72157604804414270/



alhamdullilah, syukur diatas segalanya. 3 majlis dijalankan serentak bermula dengan majlis berzanji dan marhaban, bercukur dan seterusnya majlis potong kek. ada satu lagi majlis, majlis interview bakal menantu.. hehehe.. no komen.. alhamdullilah, meriah majlis macam majlis kenduri kahwin, ramai sedara-mara datang and memang happening and riuh rendah sampaikan aku takde masa nak amik gambar ngan adlan and arina banyak2. saja aku pilih tarikh akikah untuk adlan pada hari lahir ayah. senang sekali jalan aje.. tapi one thing memang meriah.. ada majlis beri hadiah oleh kesemua anak2nya ayah.. .banyak dah ayah and mak tolong handle life anak2 nie. dari kecik sampai dah kawin still banyak masalah yang ayah and mak settlekan. bak kata mak, tempohari sebelum aku balik ke KL, bukan nilai hadiah yang jadi ukuran tapi keikhlasan. kalau memang niat nak bagi, kain pelekat untuk ayah yang harga sepuluh ringgit tu pundah cukup dari tak bagi terus. aku setuju ngn mak punya statement petang tu. mungkin kalau bagi kain pelekat ayah boleh pakai p masjid and dapat ngak tumpang pahala ayah. huhuhu.. syahdu gak dengar mak cakap gitu. terus aku terpikir berapa kali aku and adik beradik yang lain bagi hadiah pada mak setiap kali ulang tahun nya? ade buat macamana kita buat untuk ayah setiap tahun? hmm, insyallah, tahun ni aku nak buat untuk mak plak..dear siblings, ok tak plan tu? lagipun, aku dah tamat master bolehlah menambahkan lagi pendapatan. gitu-gini pun, and perangai dia yang unpredictable tu, dia tetap mak.. and syurga dibawah tapak kaki mak.. she always right even sometimes ianya amat bertentangan pada diri kita.. to my dearest sister ECAH SIN-KALUT (singkatan aishah sinclair), think about it, and never stop praying.. insyallah, keras2 mak, ade kelembutan dalam diri dia. cuma kita jer yang tak mampu selaminya.. sebab dalam sangat and bekalan oksigen yang kita bawak tak cukup untuk sampai ke situ, tambahan plak, pressure kedalaman membuatkan kita tertekan and sesak nafas. renung-renungkan and selamat beramal..


hmm... aku tak perasan pulak gambaq hang muncit tu. muncit tu tak seobvious muncit aku kot... Thu 29-May-2008 06:35
Posted by:arina
awat u all semua cite pasal perut buncit? apa2 je lah.. my dearest son, adlan, kita make sure perut kita sasa dan menjadi idaman wanita.. ohh burunan cinta.. Thu 12-Jun-2008 16:13
Posted by:nizam  - [Link]
bro...gambo anak aku kat rumah Ida hari tu mana aku buleh dapatkan? Ko shoot gerenti cantek punya Tue 9-Dec-2008 17:57
Posted by:unnamed
View all 7 comments Add comment


Saturday, 12-Apr-2008 04:38 Email | Share | | Bookmark
Muhammad Adlan setelah berumur 2 bulan

adlan didalam ketenangannya..
bersama bermesra sebelum pertarungan bermula
afiz menonjol kepada adlan..panas ati nih..
afiz menunjuk penumbuk menandakan dia terhebat
satulagi gambar bersama
tangan adlan dipegang supaya dia tak boleh lari
View all 15 photos...
Muhammad Adlan
Lokasi:rumah, damansara specialist, the curve



Hmm, sengsori laa kengkawan kerana aku telah lama tidak mengupload gambar2 adlan yang terbaru.. bukan takde gambar nak upload, tapi lambakan gambar yang tidak diedit dan sememangnya aku sangat sibuk dengan final tesis master aku. alhamdulilah master tesis dah siap dan aku ingin membawa adlan n arina bercuti bersama bagi menenangkan fikiran yang selama ini tertekan. by d way, aku upload dulu laa gambar ape yg ade ni yer..tgklah..tgklah.....!!!! gambar ni.. banyaknya di hospital damansara sebab melawat afiz yang sakit.. (sakit ke? abis anak aku kena pukul) korang boleh tgk gambar adlan..

bo0olat anak korg..
janji sihat yer dok?
Wed 28-May-2008 05:08
Posted by:nuril
awal may pegi timbang, berat adlan 7.2kg. rasanya by early june tah tah lebih 8kg. alhamdulillah setakat ni sihat, takdak masalah sangat dengan kesihatan dia. haitu nurse cakap dia obese. tapi aku rasa nanti bila dia aktif, susut balik la tu. sekarang pun aktif kemain. time dok tergedang atas tilam, kaki n tangan mesti terkodek2 dengan laju. bila kita angkat, sure berpeluh2 badan dia. Thu 29-May-2008 06:42
Posted by:arina
wahhhh sihat sungguh adlan...dah 7kg dah....hang gi check kat klinik kesihatan ke?...derang mmg sgt prihatin berat baby neh....takpe...asalkan dalam lingkungan normal hang tayah risau la....dhea masuk 3 bulan baru cecah 5.5kg...skang nih sibuk tergolek kiri tergolek kanan....aku risau sakng neh....aku rase dalam 3 bulan lebih sure bbsitter die nak suap nestum dalam mulut die...adehhhhh penin penin.... Fri 30-May-2008 07:25
Posted by:mama aina&dhea
View all 9 comments Add comment


Friday, 15-Feb-2008 06:53 Email | Share | | Bookmark
Outing: Pusat Latihan Kuda Sg Batu Pahat Perlis

kuda - sg batupahat

hmm, syok aku dapat p sini.. yang lagi best bila dapat amik gambar dengan sifoo (bro scharewl). dan yang lagi best lagi bila dapat pakai lens dia huhuhu canon prime lens 24-70mm L F2.8. memang aku ketagih pakai lens ni.. hmm..aku mesti dapatkannya.. mesti..!!!


Thanks erk singgah fp zai.....ooooo ader pusat latihan kuda rupanyer zai tak tau pun...yg tau tmn ular... Fri 15-Feb-2008 07:03
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
walawe adik..sesungguhnye ko semakin advance hehe..pic yg ko amik setanding candid syndrome..digital syndicate n seangkatan hehe..tabik spring tull.. tumpang ty sket..kai camera ape weh? Fri 14-Mar-2008 16:57
Posted by:dAdA
Add comment


Tuesday, 12-Feb-2008 07:18 Email | Share | | Bookmark
Outing Bersama Keluarga

abis duit papa oii..
kasih keluarga
kasih ayah
View all 14 photos...


hmm, seronok jugak dapat keluar outing beramai-ramai seisi keluarga. cuma keluarga aku saje tak cukup sebab arina dalam pantang and adlan masih kecil. sepanjang outing, kitaorang pegi wedding cik atan, EOM and melepak di KLCC park. ni sebahagian gambar yang sempat diupload. almaklumlah fotopages kan lembab..

rajin jenjalan erk... Thu 14-Feb-2008 18:47
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Awat gambaq had kaki Adlan tu "berbulus" mcm anak Benggali pondok?
huhu, jgn mare haaa!
Fri 15-Feb-2008 08:21
Posted by:Din Beramboi
bila pipi and kaki dia berbulu, itu maknanya dia mewarisi keturunan pakistan.. takdelah cam hang..mcm cimpeng..salah cetak.. hahhaa Fri 15-Feb-2008 09:45
Posted by:Nizam Sixfingers  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Monday, 11-Feb-2008 04:50 Email | Share | | Bookmark
Yang Hadir Berkongsi Kegembiraan

Teman yang Hadir..
bersama keluarga tersayang
hadiah yg 'ikhlas' dari Uncle Ajit

terima kasih kepada semua yang hadir dalam melawati dan berkongsi kegembiraan bersama kepada keluarga baru kami. Saya, Arina dan Muhammad Adlan bersyukur diatas kesudian anda bersama kami..terima kasih dan salam sayang dari saya, arina dan adlan..

>> tahniah... Mon 11-Feb-2008 17:07
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
tahniah....tahniah...tahniah....visit mine for more cheese cakes & other cakes.... http://anna3007.fotopages.com/... tq Mon 11-Feb-2008 17:33
Posted by:Linda@anna kaori.cake@yahoo.com  - [Link]
Awat gambaq hang amik semua gelap? Hang x pandai amik atau hak kamera yg "cikai"?
Wed 13-Feb-2008 07:56
Posted by:Din Beramboi
Add comment


Wednesday, 6-Feb-2008 10:54 Email | Share | | Bookmark
Kehadiran Muhammad Adlan Bin Mohamad Nizam

 
 
 
View all 15 photos...



alhamdullilah, pada 31 Januari 2008 bersamaan 22 Muharram hari Khamis yang lepas, aku dan arina telah menerima seorang cahaya mata lelaki yang telah ku berikan namanya Muhammad Adlan. Adlan yang membawa maksud 'keadilan'. sudah lama nama ini difikirkan oleh aku dan arina. cuma menunggu kehadirannya dalam hidup kami menjadikan semuanya cukup sempurna. Walaupun Arina tidak dapat melahirkan Adlan secara normal (operation) disebabkan Adlan berada dalam keadaan songsang, tetapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik dan seperti yang diharapkan. Disini aku tatapkan gambar Muhammad Adlan buat teman-teman fotopages. Doakan Adlan dan juga kami berjaya menjadi papa and mama yang baik dan membentuk Adlan menjadi insan yang soleh, berilmu dan bertaqwa

scary! Sun 17-Feb-2008 15:30
Posted by:razzy photography razzyranger7@yahoo.com  - [Link]
silap comment yg atas tu.

comel baby !
Sun 17-Feb-2008 15:32
Posted by:razzy photography razzyranger7@yahoo.com  - [Link]
congrats on ur newborn bb boy! Thu 21-Feb-2008 03:47
Posted by:BaYu  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 29-Jan-2008 18:49 Email | Share | | Bookmark
Photo Editing: Dodge & Burn

 
 



gambar diatas ni menggunakan teknik dodge & burn dan skit paint brush. first time aku try edit and banyak guna dodge and burn.


Care to comment?


Monday, 28-Jan-2008 18:40 Email | Share | | Bookmark
Outing:Tasik Titiwangsa & KLCC Park

 
 
 
View all 5 photos...



hmm.. kali ni aku and arina sajer jalan p pusing2 tour tasik titiwangsa and Klcc. agak penat gak tapi sangat puas hati kerana cuaca yang sangat baik dimana keadaan matahari yang terang bersama dengan awan yang mendung seperti hari nak hujan. lepas menghabiskan petang di tasik titiwangsa, aku terus p lepak kat klcc. hmm.. memang kebanyakan junior photographer mcm aku akan menguji kemahiran kat dua2 tempat ni.. but so far, 40D tak menghampakan..

>> magnificent shots...
>> cantik...
Tue 29-Jan-2008 07:29
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Wednesday, 9-Jan-2008 10:13 Email | Share | | Bookmark
EDDY+ERRIN JOHOR WEDDING EVENT (5 JANUARI 2008)

disaat menanti debaran
tercipta untuk mu
hmm, pada 5hb Januari 2008, terikatlah kasih antara EDDY dan Errin. event nikah dijalankan diwaktu pagi, diikuti dengan majlis potong jambul and seterusnya majlis persandingan. pergh.. penat memang tidak kepalang. mana tidaknya eventnya berterusan malah disambung dengan hujan lebat bemula dari tengahari hingga ke petang. aku? memang basah lencun.. basah aku tak kisah dah janji puas hati.. ni skit gambar yg aku dah edit untuk customized album untuk Eddy and Errin. to Eddy and Errin, Selamat Pengantin Baru and bahagia hingga ke anak cucu..amin..




Care to comment?


Monday, 31-Dec-2007 08:46 Email | Share | | Bookmark
Hafiz yang Concious!

hafiz alfonso al bulat
my nephew hafiz is so cute, big and chubby.


>> cute kid... Mon 31-Dec-2007 10:38
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.